BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 18, 2010

13 Aurat Muslimah

13 aurat Muslimah…..

1. Bulu kening.
Menurut Bukhari “ Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur(menipiskan) bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu keningnya. (hadis riwayat Abu Daud fi Fathil Bari).

2. Kaki(tumit kaki)
“ Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki(atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” . ( Al-Quran; Surah An-Nur; ayat 31).
Turut dimaksudkan dalam ayat ini termasuklah :
a. Menampakkan kaki.
b. Menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
“ Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina’. – ( hadis riwayat An-Nasa’I, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)..
4. Dada
“Hendaklah mereka (perempuan ) melabuhkan kain tudung hinggan menutupi dada-dada mereka”, - Al-Quran;Surah An-nur; ayat 31).

5. Gigi
“ Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.” – (hadis riwayat At-Thabrani)
“Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah”-
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Muka dan Leher
“Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu” . yang dimaksudkan dalam hadis ini termasuklah:
a) bersolek (make up) dengan cara yang tidak diharuskan.
b) Menurut Maqatil : sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliah.

7. Muka dan Tangan.
“ Asma’binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis.Sabda Rasulallah : “ Wahai Asma’! sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja”.-( hadis riwayat Muuslim dan Bukhari)


8. Tangan
“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”.(hadis riwayat At Tabani dan Al-Baihaqi).

9. Mata
“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya”.-(Al-quran;surah An-Nur;ayat31).
“Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.Kamu hanya boleh memandang pandangan yang pertama,ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan”.-(hadis riwayat Ahmad,Abu Daud dan At-Tirmidzi)

10.Mulut(suara)
“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik”.-(Al-Quran);surah Al Ahzab;ayat 32).
“Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain,iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan,maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi”.-(hadis riwayat Ibnu Majah).

11.Kemaluan
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina)”.-(Al Quran;surah An-Nur;ayat 31).
“Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu,puasa di bulan Ramadhan,menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya”.-(hadis riwayat Al_Bazzar).
“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah”.-(hadis-riwayat At-Tirmidzi,Abu Daud dan Ibnu Majah).

12. Pakaian
“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan,maka Allah akan akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti’.-(hadis riwayat Ahmad,Abu Daud,An-Nasa’I dan Ibnu Majah).
“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi bertelanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya”.-(hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Yang dimaksudkan dalam hadis ini termasuklah:
a.Berpakaian tipis (jarang).
b.Berpakaian ketat (membentuk).
c.Berpakaian berbelah (membuka bahagian-bahagian tertentu).
“Hai nabi-nabi katakankah kepada isteri-isterimu,anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,hendaklah mereka mamakai baju jilbab (baju labuh dan loggar)yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali.Lantaran itu mereka tidak diganggu,Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.-(Al-Quran;surah Al-Ahzab;ayat59).

13.Rambut
“Wahai anakku Fatimah!Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya”.-(hadis riwayat Bukhari dan Muslim).





1 comment: