BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 11, 2011

anak harimau:)

AKU ANAK MALAYSIA!

MALAYSIA BOLEH!

AKU PON BOLEH!






"ala takpe,kita belum kalah lagi!"



rerakan, spm bukanlah penentu segala - galanya,

ia adalah satu permulaan..

and the real life is now begin!

@-^-- tetiba teringat seorg senior datang skolah bagi ceramah dekat surau cakap pasal DUIT



D = doa

U = usaha

I = istiqamah

{maap, yang ni aq lupe tp aq assumekn sbg istiqamah.klau sesapa tau yg btol boleh edit:) }

T = tawakal



katanenek: gagal sekali , bukan bererti gagal selamalanya.

katadatuk: every difficulty there is an ease. Fight!Fight!Fight!

HARI IBU

Bersempena hari ibu pada
8 mei yg lepas
ak nk share r crite psl hari ibu nie.
Walaupn dh bnyk kali ak bce,
tp msih lg mnyentap sbb bnder ni btul2 trjd
dlm khidupn kter,sma ad kter
sdr atau tidak shje.
PEMBOHONGAN SEORANG IBU

01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil.
Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan
berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut.
Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar."
PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA
Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit
makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."
PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih
untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya.
Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.
Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."
PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT
Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari,
mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada
Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan
cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."
PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan
berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik
yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki.
PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM
Setelah kakak dan abang habis belajar
dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."
PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke
peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa
mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.
Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata:
"Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."
PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN
Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima
berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku
kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.
Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga
mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.
Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu,
ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.


Wednesday, May 4, 2011

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Nasihat Untuk Pendakwah
Hadith :
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.”
(Bukhari & Muslim)

salam.
sepi je blog nie.haha
bese r,msg2 agk sibuk dgn progrm
lpasan SPM kn.
Then ni ad skit prkongsian ntuk sume.
Hrp prkgsian ni dpt drnung2kn.
ilmu yg sdikit dan dmanfaatkn lebeh
baik dr ilmu yg bnyk nmun tidak dmnfaatkn.
SELAMAT BERAMAL.

Monday, May 2, 2011

dunia masa kini.

Apakah benar perang dah tamat?






**sambil tunggu hari osama dan obama berjabat..


betulka osama sudah meninggal?








** "What will I have to do to be a man? Do I have to stand and fight to prove to everybody who I am....



mungkin boleh menggunakan senjata kalau mampu..






gambar hiasan



tapi sekurang-kurangnya , jika kita tak boleh nak sumbang tenaga, kita boleh sumbang doa kankankan. bukankah doa itu senjata mukmin?





nota berbasabasi:

hargailah selagi masih ada waktu..

"the best among you , is the one who benefits the others"