Kategori : IBADAH Akidah | Tajuk : | Jauhi fitnah | Hadith : | Dari Zainab ats-Thaqafiy r.a katanya:’Apabila kamu (para wanita) mengikuti solat Isya’ berjamaah di masjid, maka janganlah memakai harum-haruman ketika itu.” (Muslim) |
| Huraian Berbanding lelaki, aurat wanita lebih sukar dijaga. Ini kerana lelaki boleh menunaikan solat dengan hanya berkain pelikat kerana auratnya setakat antara lutut hingga ke pusat. Tetapi, aurat wanita meliputi pelbagai anggota badan daripada kaki hingga rambut. Tarikan nafsu bukan sahaja daripada cara seseorang itu berpakaian malah peranan minyak wangi atau haruman yang dipakai juga boleh menimbulkan ransangan lelaki terhadap seseorang wanita. Oleh itu Islam mengharamkan para wanita memakai wangian yang semerbak baunya sehingga dapat membangkitkan syahwat dan menarik perhatian lelaki sehingga menimbulkan fitnah sekalipun dalam konteks hendak mengerjakan ibadah seperti memakai haruman ketika hendak mengerjakan solat berjamaah yang terdapat lelaki bukan muhrim bersama-sama mengerjakan solat. Kesimpulannya, Islam membolehkan seorang perempuan muslimah itu keluar rumah untuk pergi bersembahyang, mencari ilmu, melaksanakan keperluan dan sebagainya tetapi dengan syarat perempuan itu dapat menjaga maruahnya dan adab kesopanan yang telah digariskan oleh Islam agar dengan itu mereka terhindar daripada fitnah mahupun mara bahaya dan bencana yang menimpa seperti jenayah rogol, khianat dan seumpamanya. | | | |
|
Kategori : AKIDAH Akhlak | Tajuk : | Tanggungjawab Sosial | Hadith : | Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu dia tidak melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya." Abu Daud dan at-Tirmidzi |
| Huraian 1. Seorang muslim mukmin yang sebenar sepatutnya menjauhkan diri daripada perbuatan keji dan mungkar serta mencegahnya, bukan terus duduk bersama orang yang berbuat maksiat kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa mereka redha dengan maksiat dan kekufuran yang dilakukan. 2. Membiarkan perlakuan maksiat merupakan satu maksiat (dosa). Perbuatan ini akan mengundang bala daripada Allah SWT yang akan menimpa bukan sahaja ke atas pelaku maksiat semata tetapi terhadap semua anggota masyarakat. 3. Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan adalah satu bentuk tanggungjawab sosial. Ini bukanlah untuk menjaga hal ehwal (tepi kain) orang lain melainkan untuk memelihara kepentingan bersama kerana keharmonian dan ketenteraman dalam masyarakat hakikatnya dapat menjamin kehidupan yang aman dan damai bagi seluruh penduduk sekitarnya.
| | | |
|
|
No comments:
Post a Comment