BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 26, 2010

Dakwah seorang dai'e

Da'ie muda sekarang agak menyakitkan hati, sebagai da'ie haruslah bijak menangani masalah dan perkara buruk yang berlaku pada keadaan di sekeliling.

Kadang-kadang mulut cabul benar nasihat orang, bagaimanalah orang hendak lembut hati terima teguran.

Para da'ie muda perlu beringat! Setiap orang ingin rasa dihargai dan dihormati sebagai rakan dan orang yang punya hati dan perasaan. Jadi kita sebagai da'ie perlu fahami mereka.

Setengah kita sakit hati melihat orang yang suka berperangai 'gedik', 'bajet' dan 'menunjuk-nunjuk', selepas itu mulalah rasa hendak marah dan kutuk belakang-belakang, yang baik sikit ada pula yang tawarkan diri untuk menegur, tapi bila sudah ditegur macam buat tak tahu sahaja. Apalagi menyiraplah seluruh badan marah kepada dia!

Aduh, aduh, aduh, perlu [B]KESABARAN[/B]! Mana ada orang boleh berubah sekelip mata, perubahan perlu '[I]step by step[/I]'.

Teguran pertama, mereka akan berfikir "Aku buat salah ke?". Jadi pada teguran pertama seseorang itu belum lagi mengalami proses penerimaan teguran. Mereka sedang mencari mana yang silap pada diri mereka.

Selalunya ego akan menguasai diri (tidak kira lelaki atau perempuan) dan mereka akan mencari jalan membela diri yang diri mereka tak salah.

Kita sebagai da'ie harus terima pendapat mereka dan cuba menerima sifat atau tabiat diri mereka yang sukar diubah, namun dalam senyap kita terangkan tabiatnya yang perlu diperbaiki!
Oleh yang demikian seorang dai'e hendaklah
selalu bersabar dan bijak dalam menyampaikan dakwah.

Dakwah ni kita boleh ibaratkan macam tanam
bunga.Sekiranya kita menanam bunga
pada hari ini,adalah mustahil untuk ianya tumbuh
keesokan harinya.Sebaliknya,kita perlu menymai benih,
kemudian menambah baja,menyiram air dan menjaganya
dengan penuh perhatian.
Begitulah juga dakwah ni,jika
hari ini kita berdakwah esok tidak semestinya
dia akan berubah.Seharusnya kita menjadikan
dakwah ni dalam konteks yang lebih menarik dan
penuh kesabaran kerana sesungguhnya
ALLAH akan sentiasa bersama dengan mereka
yang besabar.

No comments:

Post a Comment