BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 22, 2010

gelak santai.

Akhir-akhir nie,kelihatan semua pelajar
mulai menunjukkan ke"STRESS"an masing-masing.
Al maklumlah minggu periksa.
Mahu tak tecabut otak ni nak jawab.
So sebagai langkah pencegahan awal
aku sajikan beberapa lawak yang "hambar" untuk
semua..

Lawak 1
Lawak Pak Pandir + Pak Kaduk

Di pertengahan jalan ketika pulang dari kebunnya, Pak Pandir terserempak dengan Pak Kaduk yang sedang mundar-mandir sambil menjinjing guni.
Pak Pandir: Apa yang engkau bawa dalam guni tu, Kaduk?
Pak Kaduk: Ayam. Buba engkau teka, berapa jumlahnya? Kalau betul..kesemua tiga ikor ayam yang aku bawa ini akan aku berikan pada ingkau!
Pak Pandir termenung. Berapa ya? susah nie soalan nie
Pak Pandir: Emmm...Empat kut?

Lawak 2
Lawak ayam

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Lantas dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Agus.
Lelaki kaya: Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya.(lalu memberikan kadnya).
Pak Agus: Baik tuan, saya akan suruh anak buah saya hantar ayam-ayam tu ke rumah tuan.
Selepas itu, Pak Agus memanggil anak buahnya yang bernam Samad dan memberikan arahan..
Pak Agus: Samad, esok engkau hantarkan 100 ekor ayam ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi).
Samad: No problem uncle.
Esoknya Samad pun pergi menghantar 100 ekor ayam tersebut. Lima puluh ekor diletakkan di sebelah kanan motosikalnya, 50 ekor lagi di sebelah kiri. Malangnya, di tengah perjalanan motosikal Samad terlanggar lubang dan... BBUAAKK!!!dia terjatuh dari motornya.
Ayam-ayam yang dibawanya terjatuh dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk melihat keadaan Samad. Tetapi Samad tidak apa-apa, malah ketawa terbahak-bahak. Seorang pemuda bertanya kepada Samad..
Pemuda: Bang..abang tak apa-apa ke?
Samad: Ha.. ha... ha...!
Pemuda: Bang, kenapa bang?
Samad: Hahaha.. budoh punya ayam, engkau nak lari ke mana?Alamatnya kan ada pada aku! Hahahahaa..

Lawak 3
Timbang berat

Di sebuah mall yang sesak dengan pengunjung, ada satu alat penimbang berat badan yang cukup canggih.
Hanya dengan membayar RM1 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer.
seorang gadis dan temannya mencuba alat penimbang itu di tengah kerumunan orang.
KLINGG!! Duit RM1 demasukkan dan mesin komputer pun menjawab:"47kg
Gadis kedua pula mencuba. "52 kg! komputer itu membertahu.
Setelah itu, datang pula seorang wanita yang cukup gemuk dan montel,
cuba menimbang dirinya di mesin itu.
KLLIINNNNGGGG!!! duit RM1 dimasukkan dan mesin komputer itu pun berkata,
"Tolong naik sorang-sorang ya, jangan ramai-ramai!"

moga terhibur sebentar.

No comments:

Post a Comment