BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 13, 2010

always be there...

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

Thursday, March 18, 2010

Seloka 5 Ibn Sina

Assalamualaikum pembuka bicara

Buat semua para pembaca

Ini seloka 5 Ibnu Sina

Mari kita hayati bersama


Kelas ini kelas garapan

Cemerlang SPM jadi harapan

Dapat mentor BAIK tak tahan

Itulah Cikgu Liew cikgu kesayangan


Kelas kami ekslusif sekali

17 putera 13 puteri

Pelajar-pelajarnya amat berdedikasi

Bila cikgu tiada,rajin REHATkan diri


Amirul Hadi monitor disayangi

Meneraju kelas dengan senang hati

Amirah Arshad penolong kami

Naik bengang asyik disuruh Hadi


Memperkenalkan pula bendahari 5 Ibn Sina

Minta hutang penuh senyuman

Amirah Md Nor memang amanah

Tidak dilupa Rashid Sulaiman


Ini kisah dua sahabat

Penglipur lara penghibur hati

Seorang besar seorang pekat

Itulah Zaki dan Wan Nazmi


Orangnya kerdil tak sedar diri

Itulah Syakirin Muhamed Nazeri

Lain pula Anisah Ali

Meskipun rendah budinya tinggi


Asbi Iswandi berkaca mata

Punyai kembar yang hampir serupa

Cuba teka siapa dia

Itulah Haziq ketua Siaraya


Urutan Tradisional menjadi kebanggaan

Siapa lagi kalau bukan Aishah

Arifah Alia tidak ketinggalan

Pandai bermain hantu galah


Tira Raop bijak bestari
Bercita-cita nak ke luar negeri
Sunnah Nabi pakai sugi
Diamalkan oleh Ahmad Tarmizi

Arif Idris bersuara nyaring
Pantang nyanyi mesti nak tarik

Lain pula Azahari Borbing
Tulisan dia amat cantik

Fatihah dan Hafizah duduk bersebelahan
Kedua-dua tak banyak cakap
Mereka berdua nak jadi angkasawan
Moga cita-cita tu dapat didakap

Buah manggis kegemaran Nazmi
Sering makan bersama belacan
Nadiah Mahmood Mas’ulah puteri
Bab-bab agama cepat dikuatkuasakan

Inilah dia mereka berdua
Selalu bersama ke mana jua
Sentiasa senyum dan ketawa
Itulah Maziah dan juga Hawa

Dorm 10 dorm tercinta
Diam dan senyap amalan mereka
Siapakah gerangan cubalah teka?
Tentulah Hafiz,Najib dan Raja

Bercakap laju kelebihan diri
Ain Zakiah namanya diberi
Lain pula cerita ini
Balqis pendiam merendah diri

Tidur di kelas menjadi kewajipan
Air liuh meleleh pun tak sedar
Kena perli dah tak hairan
Itulah Asyraf dan Firdaus Omar

Ini seloka Syed cipta
Sekadar hiburan untuk semua
Jangan marah jangan terasa
Takot nanti lekas tua

Tahun ini tahun genting

Sama-sama ambil peperiksaan

Kerjasama kita amat penting

Agar bersama mencapai kejayaan


Satu pesanan buat semua

Jangan dilupa jangan diendah

Buat sesuatu biar keranaNYA

Ada keberkatan,InsyaAllah


Sekian saja seloka ini

Moga anda berhibur diri

Insaflah putra insaflah putri

Akhirat menghampiri,hisablah diri


Akhir kata dari penyeloka

Maaf dipohon ampunan dipinta

Marilah kita berdoa kepadaNYA

Agar diberi taufik bersama


http://ibnusinatorz2010.blogspot.com


Created by,

Syed Muhammad Syafiq

Tengku Syed Nasarudin















Tuesday, March 16, 2010

Khatamun Nubuwwah



Apakah Khatamun Nubuwwah?
Menurut mafhum hadis yang dipindahkan daripada Imam At-Tarmizi r.a katanya:

“Sesiapa melihat KHATAMUN NUBUWWAH dalam keadaan berwuduk;

1. Pada waktu Subuh nescaya dipelihara oleh Allah akan dia hingga ke petang.
2. Pada waktu Maghrib terpeliharalah dia hingga ke pagi.
3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat.
4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman."

Harus kita jelas, apa yang dimaksudkan dengan melihat? Adakah cukup sekadar dengan mencetak dan menampalnya ke dinding? Atau di jadikan ‘screen saver/wallpaper’ PC? Yang dimaksudkan melihat, ialah melihat ke dalam diri semasa mengamalkannya.



Bagaimana?
Tanda Khatamun Nubuwwah pada diri Nabi Muhammad S.A.W menunjukkan Nabi S.A.W adalah penamat/penutup segala Nabi dan Rasul.Tanda ini berada pada belikat Rasullullah S.A.W.

Para ulama berbeza pendapat mengenai bentuknya. Yang paling masyhur tanda itu seperti telur burung merpati, iaitu berbentuk gumpalan daging yang menonjol disebelah kiri di bahagian atas, memancarkan cahaya, tampak berwibawa dan berbau wangi.

Antaranya sesiapa yang menjadikan tanda Nubuwwah Nabi S.A.W ini sebagai perhiasan di rumah, maka ahli rumah tersebut akan terpelihara ALLAH daripada penyakit taun dan wabak, terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Saidina Ali R.A di dalam Kitab Mahamatnainiah, yang bermaksud:

"Sesiapa yang menjadikan lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH aku perhiasan, dipelihara oleh Allah baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab."

Dan di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Anas R.A Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Bermula rumah yang ada lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH AKU di dalamnya, maka dipelihara oleh ALLAH baginya daripada kebakaran dan kecurian, dan daripada tiap-tiap musuh, dantidak dimatikan melainkan tempatnya di Syurga dan diluaskan oleh ALLAH kuburnya dan diterangi olehnya dengan cahaya."